Cari Hantu Di Tempat Anda!
Google

Movie ~ Overtime

Foto ~ Lembaga misteri di perpustakaan


Apa yang misteri pasal gambar kat atas tu?? Cuba tengok kat bulatan kaler merah. Kelihatan sesusuk lembaga hitam tengah bergerak mengundur di antara rak buku. Gambar ini di ambil di sebuah perpustakaan luar negara dalam tahun 2003. Apakah kelibat lembaga tersebut seorang manusia atau.....????

Foto~Awek A, awek B dan.....

Gambar ni diambil kat Manila. Tengah awek dua orang tu berposing ada pulak kelibat makhluk dari alam lain tumpang sekaki. Agak-agak, gambar nih betul atau tak?? Maklumlah zaman sekarang macam-macam software yang boleh impose dan edit gambar. Komen sikit..

Movie ~ Dah Ke Belum

Cerita~Gangguan di dalam tandas

Seperti gadis-gadis lain yang dihantar oleh ibu bapa umtuk tinggal di asrama semasa bergelar pelajar, Lisa yang datang dari keluarga yang agak berada tidak mepercayai cerita cerita ganjil yang berlaku diasrama mereka. Selama kehidupannya dikawasan bandar, tidak pernah terlintas difikirannya tentang perkara perkara pelik yang berlaku akibat makhluk asing.

Kawasan sekolah yang terletak dipinggir bandar membuatkan lisa terpaksa menerima hakikat bahawa kedua ibu bapanya menghantarnya ke situ kerana ingin menghadiri ilmu agama yang dibekalkan oleh guru guru bertauliah agar dapat dijadikan panduan buat dirinya.

Penekanan didalm ilmu agama yang ada pada dirinya menyebabkan Liza sering terselamat apabila rakan rakannya diganggu oleh makhluk asing. "Pedinding diri perlu kuat," itulah kata kata ustaz yang sangat diingati.

Lisa sentiasa berhati hati. Segala pantang larang bagi mengelakkan diri dari diganggu makhluk halus seperti menjaga kebersihan dan tingkah laku apabila datang bulan, tidak berada dibawah pokok pokok besar dan bergurau senda sewaktu maghrib antara yang selalu dititikberatkan. Ramai jugak antara rakan rakannya yang telah terkena gangguan makhluk-makhluk tersebut terutama menjelang musin peperiksaan.

Apabila minggu peperiksaan, teriakan pelajar pelajar diasrama perempuan sering kedengaran kerana mereka mudah lemah semangat. Tambahan pula, pada waktu ini, mereka sering mentelaah hingga lewat malam dan masa banyak dihabiskan dengan membaca dan sedikit mengabaikan membaca al-quran dan amalan amalan sunat yang lain.

Pernah suatu malam, rakan baiknya Ina terdengar bunyi baldi yang diseret seperti gaya seseorang ingin membasuh kain pada pukul pagi. Kalau diikut pada fikiran yang waras, siapalah yang ingin mebasuh pakaian ketika orang lain sedang berselimut kesejukkan? Suara tangisan bayi menangis sudah lali dikalangan mereka. Begitu jugak bunyi seseorang sedang menarik kerusi seperti ingin mengubah kedudukan tempat. Boleh dikatakan setiap malam, pasti bunyi itu kedengaran. Penghuni penghuni asrama sudah tidak ambik pusing dengan bunyi itu.

"Asalkan dia tak kacau kita, kita jangan kacau dia. Dia pun makhluk Allah juga," kata kata itulah yang sering berlegar difikirannya.

Namun pada suatu hari, ketika rakan rakannya sudah masuk tidur, Lisa terasa ingin kebilik air kerana ingin membersihkan muka dan memberus gigi. Tandas yang terletak diluar dari kawasan bilik tidak menjadi masalah bagi lisa kerana ia sudah biasa dengan keadaan begitu.

Sedang dia memberus gigi, Lisa terasa bahunya dicuit seseorang. "Siapa pula yang hendak main cuit cuit pada waktu begini?" bisik Liza didalam hatinya. Cuitan mengusik itu membuatkan dadanya berombak kencang.

Walaupun hatinya ingin menoleh kebelakang, namun perasan takutnya tiba tiba datang. Lisa tetap meneruskan memeberus giginya tetapi hatinya tidak putus membacakan ayat ayat suci agar menjadi pelindung bagi dirinya. Liza tahu bahawa makhluk halus suka menggangu orang yang lemah semangat tambahan lagi benda benda tersebut adalah kerana kurangnya tawakal pada Allah. Cuitan gurauan itu berhenti apabila tidak ada tindak balas dari liza. Liza menarik nafas lega kerana terselamat dari terus mengikut rasa takut.

Sekembalinya dari tandas, Lisa terdengar suara rakannya sedang bergelak ketawa dari dalam bilik. Suara Fiza dan Nora jelas kedengaran di telinga. "Rasanya tadi mereka dah tidur,"bisik Lisa didalam hati. Mungkin mereka dah berpakat untuk belajar bersama, bisiknya didalam hati.

Apabila pintu bilik dibuka, semua rakan biliknya seramai lima orang itu lena diulit mimpi. Debaran tiba tiba mengundang kembali. Masih terngiang ngiang ditelinganya suara dua orang rakannya tadi bergurau senda.

"Benda ni tak putus asa untuk kacau aku," bisiknya didalam hati.

Mujur juga dia sempat mengambil wuduk semasa di tandas tadi. Jam menunjukkan hampir 3.30 pagi. Dengan perasan yang kembali reda, Lisa mencapai Al-quran buat penenang bagi dirinya. Bacaan ayat ayat suci yang dialaunkan mengurangkan debaran yang melanda dirinya. Pergantungan yang tinggi pada Allah menyebabkan Lisa terselamat pada malam itu. Tetapi, tidak mustahil makhluk tersebut akan mengganggunya lagi kerana kegagalannya pada malam itu.

Sumber~Naz's Website